Sunday, January 27, 2019

Umar The Series - English Sub

Kisah hidup Umar Al Khattab

Watch here : https://www.islamicity.org/series/omar-ibn-khattab-series-episode-1-english-subtitles/

Monday, January 21, 2019

Rahsia Atasi Rasa Takut Nak Start Berniaga

Bukan semua orang mempunyai bakat berniaga. Tambahan lagi kepada mereka yang baru sahaja mahu berjinak-jinak dalam perniagaan. Antara jenis ketakutan yang selalu bermain difikiran mereka yang mahu bermula perniagaan adalah seperti:
  1. Takut rugi
  2. Takut tak menjadi
  3. Takut kepada rejection bakal pelanggan
  4. Takut perlian dari rakan-rakan
  5. Takut rugi
Dan bermacam-macam lagi ketakutan yang seringkali bermain difikiran mereka yang mahu mula berniaga. Ketakutan ini menyebabkan mereka tidak mahu bertindak untuk memulakan perniagaan pertama mereka. Atasi ketakutan untuk berniaga dengan 4 cara di bawah.

#1 – Cari Ilmu dan Mentor

Ilmu sangat penting dalam bisnes. Segalanya di dunia ini memerlukan ilmu. Orang berilmu adalah orang yang hebat. Orang yang beramal dengan ilmu adalah orang yang luar biasa lebih hebat. Pada saya, ada 2 kaedah untuk mencari ilmu dalam bisnes:
  • Buat sendiri gagal dan berjaya dapat ilmu
  • Belajar dari kegagalan orang lain
Ya, sudah tentu pilihan kedua adalah anda perlu bayar kos tertentu untuk pergi belajar seperti ke kelas, seminar, workshop atau melalui pembelian DVD tutorial, ebook atau buku fizikal.
Dalam mencari ilmu, tiada yang percuma. Anda perlu bayar kos untuk belajar.
Sama seperti anda mahu mendapatkan peluang pekerjaan, anda juga perlu masuk ke universiti dan bayar yuran pengajian. Apabila habis belajar, anda menjual diri anda kepada majikan berdasarkan ilmu yang anda peroleh di universiti.
Jadi jangan terlalu berkira untuk pergi belajar ilmu dan bayar beratus ringgit untuk dapat hasil ribuan ringgit.

#2 – Mulakan Perniagaan Dengan Kos Paling Rendah

Elakkan bina perniagaan yang dengan kos yang sangat tinggi seperti membuka kedai makan. Yang mana pasti memerlukan modal yang sangat tinggi untuk permulaan.
Perniagaan pertama yang disarankan untuk mula berniaga adalah dengan mulakan perniagaan yang menggunakan kos yang paling rendah. Sebagai contoh servis dan juga menjual produk orang lain.
Pengalaman saya sendiri semasa belajar di universiti dahulu adalah menawarkan servis format laptop. Dengan bermodalkan ilmu format laptop yang saya cari di Youtube, saya mampu format laptop pelajar lain untuk mendapat pendapatan tambahan saya di universiti.
Related image
Sekarang ini ada banyak jenis model perniagaan yang anda boleh ceburi seperti Drosphip atau Affiliate. Untuk Affiliate di pasaran tempatan anda boleh cuba cari produk di klikjer.com manakala untuk pasaran luar Negara anda boleh bermula dengan clickbank.com

#3 – Baca Dan Tonton Kisah Motivasi Dan Kejayaan Usahawan Berjaya

Dengan amalkan cara ini, kita akan lebih bermotivasi untuk mulakan perniagaan. Setiap ahli bisnes yang berjaya ada perjalanan jatuh bangunnya sendiri. Anda juga perlu bersedia untuk itu. Bukan untuk menakutkan, tapi begitulah hakikat dan cabaran dalam hidup di dunia ini.
Ada masa dalam bisnes kita, jualan akan naik dan kita akan rasa nikmatnya bisnes. Ada masa juga bisnes akan menurun dan banyak lagi cabaran yang bakal ditempuhi.

Image result for steve jobs
Jadi dengan anda menonton kisah motivasi, dan kejayaan usahawan lain kita tidak akan mudah give up dan menyerah kalah dalam bisnes yang kita ceburi.

#4 – Mulakan Bisnes Dengan Berpartner Atau JV Dengan Orang Lain

Jika terlalu takut untuk mulakan perniagaan, boleh mula berpartner dengan orang lain atau berJV. Dengan cara ini kita boleh hilangkan rasa takut jika berlaku apa-apa kerugian.
Jika kita rugi, kerugian yang ditanggung bukan 100% oleh kita. Kita mungkin rugi bersama dengan partner kita. Dari segi keuntungan pula, kita sendiri boleh putuskan bersama sebelum memulakan sesuatu projek.

Image result for shake hands
Keuntungan berpartner mungkin 50%, 40% atau 60%. Pastikan perjanjian kerjasama ada dokumen perjanjian hitam putih sebagai langkah keselamatan jika terjadi apa-apa pada masa hadapan. Tidak perlu terlalu terperinci.
Rambut sama hitam, hati tiada siapa yang tahu. Kan? ðŸ˜‰

kredit : Majalah Niaga

Teknik Berhenti Merokok

Teknik berhenti merokok
Tip Berhenti Merokok [12 M] :

1) Melengah-lengahkan
Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar

2) Menarik nafas panjang
Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan

3) Minum air
Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein

4) Menyibukkan diri
Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok

5) Menjauhkan diri
Daripada orang yang merokok

6) Mengelakkan diri
Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok

7) Mengunyah sesuatu
Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis

8) Membasuh tangan selalu

9) Mandi dengan kerap

10) Meregangkan otot

11) Meditasi

12) Memohon doa



Thursday, January 3, 2019

7 Tips Menghilangkan Kotoran Degil Pada Pakaian Anda. Mudah Sanga


Ini cara menghilangkan kotoran pada baju dan pakaian yang amat praktikal untuk anda cuba.

1. DAKI LEHER

Tak kisahlah sama ada baju sekolah, baju kerja, atau baju suami. Kesan daki yang melekat pada kolar sememangnya menggelikan. Namun, ada rahsia yang sangat mudah untuk anda membersihkannya!
Caranya adalah dengan menggunakan syampu. Cuma tuangkan sedikit syampu (tak kisahlah jenama apa pun) dan gosokkan bahagian kolar baju anda dengan berhati-hati. Kemudian, bilas dan cuci baju seperti biasa. Kalau nak jimat, ambillah syampu-syampu percuma yang diberikan semasa anda berkunjung ke hotel. Walaupun kurang sesuai untuk rambut, tapi ia amat bagus untuk cucian!
Foto Kredit: kiwiservices.com
Foto Kredit: kiwiservices.com

2. TOMPOKAN DARAH

Seterusnya, wanita mungkin lebih cenderung dengan masalah ini terutamanya apabila sedang menghadapi tempoh haid. Sekiranya ada kesan yang melekat pada seluar, lakukan langkah ini.
Basahkan bahagian yang terkena darah dan taburkan dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan bahagian tersebut dan anda akan mendapati kesan darah akan mula tertanggal. Ulangi langkah ini beberapa kali dan seterusnya cuci pakaian anda seperti biasa menggunakan sabun pencuci.
kotoran-baju-darah
Foto Kredit: sleepsugar.com

3. TUMPAHAN DAKWAT

Jika ada kesan dakwat, anda boleh menggunakan beberapa cara untuk menanggalkannya.
Pertama, ambil sedikit susu dan tuangkan ke atas kesan dakwat. Biarkan ia terendam seketika dan gunakan span untuk menggosoknya perlahan-lahan.
Cara kedua, anda boleh menggunakan ‘hairspray’ dengan menyemburkannya pada kesan tersebut. Biarkan beberapa ketika dan gosokkan dengan kain / tisu bersih. Ulangi proses ini hingga ia tertanggal sepenuh.
Foto Kredit: 17h43.com
Foto Kredit: 17h43.com

4. KESAN DEODORAN

Cuka akan membantu melembutkan pakaian sekaligus bertindak sebagai agen penghilang kesan deodoran yang kekuningan dan sedikit keras. Celupkan berus gigi terpakai dalam larutan cuka putih dan gosokkan kesan deodoran pada bawah lengan pakaian.
Jika pakaian anda berwarna gelap, taburkan ‘baking soda’ pada kesan deodoran sebelum menggunakan cuka seperti langkah di atas.
Kemudian, bilas pakaian dalam air hangat atau panas, sesuai dengan suhu tertinggi yang masih sesuai untuk jenis fabrik pakaian anda.
Foto Kredit: persil.com
Foto Kredit: persil.com

5. TANAH / LUMPUR

Jika anda menggosok lumpur semasa basah, ia mungkin akan menyebabkan kotoran semakin merebak. Maka, kesan tanah atau lumpur lebih mudah dibersihkan apabila ianya dibiarkan kering. Kemudian, tanggalkan sebanyak mana yang anda boleh ketika lumpur ini kering.
Cuci kesan selebihnya menggunakan sabun pencuci biasa dan bilas. Jika masih ada kesan kotoran, anda boleh cuba menggunakan sedikit cuka dalam cucian.
Jika terdapat kesan rumput, anda boleh membersihkannya menggunakan pes ubat gigi (bukan jenis gel) dan menggosoknya. Kemudian, bilas seperti biasa.
Foto Kredit: m.blog.naver.com
Foto Kredit: m.blog.naver.com

6. MINYAK HITAM / GRIS

Untuk menanggalkan kesan minyak hitam yang terlekat pada pakaian, mula-mula gunakan tisu untuk menyerap seberapa banyak kesan yang boleh.
Kemudian, taburkan sedikit tepung jagung atau bedak bayi di atas kesan tersebut. Biarkan seketika dan tanggalkannya semula (secara kering). Kemudian, titiskan beberapa titik sabun pencuci pinggan mangkuk ke atasnya dan beruskan hingga kesan minyak tanggal sepenuhnya.
Foto Kredit: lifecrust.com
Foto Kredit: lifecrust.com

7. GULA GETAH

Kadang-kadang biasalah budak-budak suka makan gula getah dan buang merata-rata. Tahu-tahu dah terlekat pada baju / seluar. Jangan risau, ada cara menghilangkan kotoran ini dengan berkesan.
Mula-mula, cuba sejukkan pakaian tersebut sama ada dengan meletakkan ais pada kawasan tersebut atau meletakkan pakaian tersebut ke dalam ‘freezer’ menggunakan beg plastik bersih. Apabila gam telah mengeras, barulah anda boleh menanggalkan gula-gula getah dengan mudah. Ia tidak akan meninggalkan kesan pun!
cara menghilangkan kotoran

credit : https://siraplimau.com/cara-menghilangkan-kotoran-baju-putih/

Berniaga Produk Kecantikan - Tips Usahawan

Image result for produk kecantikan


Sebelum anda ingin memulakan perniagaan internet, anda perlu tahu apa yang anda ingin niagakan, potensi perniagaan tersebut, dan yang paling penting, berapa jumlah modal yang anda sanggup keluarkan. Semua ini perlu diambil kira untuk memastikan perniagaan internet anda berjalan dengan lancar. Jika kita tinjau pasaran sedia ada, kuasa membeli-belah di dunia pada masa kini didominasi oleh wanita. Wanita gemarkan sesuatu yang boleh membuatkan mereka menjadi cantik dan boleh didapati dengan mudah. Oleh itu, perniagaan internet yang sesuai untuk anda jalankan bagi memenuhi kehendak wanita di luar sana tentunya adalah perniagaan produk kecantikan/kosmetik!
Bagaimana nak bermula?
Pilih Industri Yang Betul 
Pemilihan Industri sangat penting untuk yang baru nak mula berniaga. Industri kecantikan adalah yang terbaik setakat ini dengan kenaikan jualan hampir 17 juta setahun. Dengan pemilihan industri yang tepat membuatkan kita lebih mudah untuk menjual produk tersebut. Pilih produk yang sudahpun viral bagi memudahkan anda mendapat momentum jualan dengan lebih cepat.

Image result for industri kecantikan berkembang
Jadi pengedar sah kepada produk kecantikan yang sedia ada di pasaran
Syarikat kecantikan atau kosmetik yang sedia ada di pasaran selalunya akan mencari dealer sah atau stokis untuk produk mereka bagi memenuhi permintaan pelanggan yang datang dari seluruh negara. Inilah peluang keemasan yang tidak boleh anda lepaskan. Anda boleh cuba hubungi mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti modal yang perlu dikeluarkan dan lain-lain lagi. Selepas itu, mula iklankan perkhidmatan secara online. Jangan risau tentang pelanggan, kerana jika kita menjual produk yang sudah mempunyai nama di pasaran, pasti akan ada pelanggan yang membelinya kerana nilai ‘customer loyalty’ sudah ada pada produk tersebut.
Contoh: Syarikat DYXY Cosmetics mempunyai beratus rangkaian stokis dan dealer sah yang memasarkan produknya sama ada di atas talian mahupun secara terus.
Agen dropship
Selain daripada aktiviti jualan secara terus (kedai), terdapat banyak produk kecantikan yang sudah laris di pasaran menawarkan khidmat dropship kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan. Apa yang menariknya jika anda menjadi seorang agen dropship adalah yuran yang dikenakan sangat rendah dan kadangkala percuma. Malah, anda juga tidak perlu mengendalikan urusan penghantaran dan penyimpanan stok. Anda hanya perlu promosikan sahaja produk dropship anda di medium-medium sosial yang anda miliki dan bersedia menikmati keuntungan di atas setiap ‘order’ yang anda terima.
Contoh: Kedai online popular DYXY  yang dimiliki oleh Master Stokis Sah DYXY Cosmetics membuka peluang kepada sesiapa yang ingin menjadi Agen Dropship mereka secara Percuma. Antara kelebihan yang bakal diterima antaranya adalah mendapat harga yang jauh lebih murah daripada pelanggan biasa dan menjual produk tanpa perlu menyimpan stok.

Related image
Cara pemasaran dan medium pembayaran
Maksimumkan penggunaan media sosial yang anda miliki untuk mempromosikan produk anda. Cipta ‘page’ produk anda di Facebook dan ‘invite’ semua rakan Facebook anda. Jangan lupa untuk kongsikan testimoni produk anda. Hal ini akan menambahkan keyakinan pelanggan untuk membeli produk anda. Harus diingat, jika anda ‘upload’ gambar produk anda, jangan lupa untuk sertakan maklumat mengenai produk tersebut. Pelanggan akan mudah tawar hati untuk membeli apabila tiada maklumat yang boleh didapati pada gambar tersebut. Jika anda mempunyai kepakaran yang lebih berkaitan IT, anda boleh cipta website untuk kegunaan perniagaan anda. Anda boleh jadikan website tersebut dalam bentuk blog mahupun shopping cart. Yang paling penting, pastikannya menarik, unik, dan senang untuk diingati oleh pelanggan.
Bagi medium pembayaran, anda perlu tentukan sama ada untuk menerima bayaran melalui kad kredit, ‘online transfer’, dan lain-lain lagi. Untuk memaksimumkan keuntungan anda, adakan semua pilihan medium pembayaran yang ada agar pelanggan tidak punya alasan lagi untuk membeli produk anda!

No automatic alt text available.

Tuesday, January 1, 2019

Senangnya Tidurkan Anak, Doktor Ini Kongsi Tips Berkesan Ramai Ibu Bapa Tak Tahu

Senangnya Tidurkan Anak, Doktor Ini Kongsi Tips Berkesan Ramai Ibu Bapa Tak Tahu

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Selepas kehadiran mereka, pastinya setiap ibu-bapa akan melalui proses perkembangan anak-anak dari bayi hingga dewasa. Paling mencabar, sewaktu anak masih kecil.
Salah-satunya suka meragam dan sukar tidur. Puas dipujuk sudahnya hingga ke pagi baru terlena. Tipulah kalau mak ayah yang berada dalam situasi ini tidak merasa tertekan. Betul tak?
Sebenarnya ada cara mudah supaya anak kecil anda tidak buat perangai dan mudah ditidurkan pada waktunya. Perkongsian oleh Doktor Taufiq Razif ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk ibu-bapa di luar sana.
Ramai yang tidak tahu, anak meragam disebabkan ibu-bapanya sendiri. Bagaimana itu terjadi? Jom kita ikuti perkongsian seperti di bawah ini.
Eh 5 Minit Je Dodoikan Anak??
Semalam isteri datang ke saya dalam keadaan menangis nangis.
” Dah 3 jam dodoi taknak tidur-tidur! ” getus isteri saya dengan wajah penuh kepenatan. Saya tengok jam. Eh dah pukul 1.30 pagi!
Solahuddin di bilik pula masih menangis tak berhenti. Dengan penuh tenang saya ke tempat anak saya. Saya tak marah tak berkerut dahi pun kat anak saya tu.
Saya ambil bernafas dalam- dalam sambil saya selawat dengan menggunakan suara yang paling perlahan dan dalam. Selawat punya selawat Eh terus tertido!!! Baru je 5 minit dodoikan dah tidur! Isteri saya dodoi 3 jam taknak tidur pulak.
Gambar Hiasan
Saya pergi kat isteri saya yang di luar bilik. Saya cakap ” Sayang. Tengok 5 minit je abang dodoi anak kita. Nak tahu kenapa? Anak kita tengok ini “, sambil saya tunjuk ke bahagian dada. Isteri saya terpana. Ye, anak ni boleh rasakan gelombang hati kita.
Itulah kenapa kalau anak kita meragam, jangan kita pula yang meragam dalam hati. Hati tu nak kena tenang. Pernafasan tu nak kena dalam. Jangan bernafas pendek-pendek dan laju. Tu pernafasan orang yang cemas dan tertekan!
Kawal emosi kita, insyaAllah emosi anak kita pun akan ikut terkawal sekali. Cuba la kat anak masing-masing dan rasakan keajaibannya sendiri. Jangan pelik kalau anak kita jadi mudah ditenangkan, kurang melawan dan mudah terima arahan.
Eh tapi kan kalau suami yang tertidur dulu masa dodoi anak tu ada 2 sebab tau :
1. Suami terlampau tenang
2. Suami terdodoi diri sendiri
p/s : Banyak lagi nanti saya kongsi dalam Formula Mudahnya Kawal Emosi Ibu dan Anak ye. Berbulan saya tulis tapi tak siap-siap lagi
p/s : Apa pun saya banyak je kongsi ilmu parenting mahal macam ni kat Telegram saya. Klik je link ni untuk join ? t.me/NotaTaufiqRazif
Sumber : Doktor Taufiq Razif

Petua Nak Cantikkan Kulit Dari Neelofa

Petua Nak Cantikkan Kulit Dari Neelofa

Selebriti popular Neelofa telah berkongsi satu petua penjagaan kulit yang diamalkan supaya sentiasa kelihatan cantik dan gebu.
Pengacara dan pelakon ini memberi senarai bahan-bahan yang diamalkannya khas buat orang ramai yang sering bertanyakan apa rahsia kulitnya sentiasa kelihatan cantik.
Neelofa telah mengamalkan minuman jus kesihatan buatan sendiri.
Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah separuh batang timun, setengah biji ubi bit atau beetroot dan sedikit buah beri serta sayuran mengikut kesukaan masing-masing
Semua bahan itu dijadikan jus kemudian diminum setiap pagi.
Ini k0men Neelofa:

To those yang tanya at #asklofa about my skincare routine, this is my fav juice to do! All you need is
-half beetroot
-half cucumber
-berries
-some greens (your choice)
Do it a night before and minum in the morning, you will feel the difference. Selamat mencuba !!
Pelakon drama berseri Suri Hati Mr.Pilot itu berkongsi tips tersebut selepas terdapat peminat dan pengikut Instagram miliknya bertanya mengenai penjagaan kulit hariannya.
Nak kulit cantik macam Neelofa, jom amalkan. -PENMERAHDOTCOM

Banyak Selfie, ‘Check-In’ Punca Jenayah Mudah Berlaku

Banyak Selfie, ‘Check-In’ Punca Jenayah Mudah Berlaku

Zaman kini, jenayah dilihat semakin banyak dan berleluasa. Dan yang menakutkan walaupun di dalam rumah, kita kadangkala rasa tidak selamat sekoran pelbagai jenayah yang berlaku.
Menerusi satu perkongsian di page Malaysia Viral Story, beberapa tips telah diberikan kepada orang ramai untuk mengelakkan kejadian jenayah berlaku.
Antaranya ialah keekrapan upload gambar selfie dan juga check ini di laman facebook.
Jom baca:
KINI VIRAL!! NASIHAT KERAS!!!
Berkenaan kes rompak, rogol & bunuh di Muar, Johor. Saya nak ambil kesempatan untuk kongsikan beberapa tips keselamatan difacebook kepada anda semua, terutamanya wanita. Takde kaitan dengan kes tersebut, cuma saya nak kongsikan:

1. Kurangkan Selfie.

Kita tak tau kalau2 selama ni tiap kali awak post gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Dah lama jatuh cinta dengan awak. Dah lama imagine nak “bersama” awak. Nak jadikan awak milik dia. Jangan kata mustahil, zaman sekarang ni manusia makin gila.

2. Jangan Check In Rumah Sendiri.

Tolonglah…. jangan check in alamat sendiri. No.1 jalan 2, taman tas, kuantan. Bila-bila masa orang boleh datang rumah awak.

3. Jangan Up Status Tinggal Sorang Kat Rumah.

Dah lah check in alamat sendiri, siap bagitau dunia tengah sorang-sorang kat rumah. “Boringnya. My habibi out station lagi. Tinggal dengan anak bulus je. Ada yang nak teman?” Haaa…jap lagi ada yang datang betul-betul baru tau erti penyesalan. Kalau yang jenis tak pernah check in alamat sendiri, pun perlu elakkan bgtau awak tengah keseorangan. Sebab apa? Ada je kawan diluar alam maya yg tau rumah awak & tak semuanya baik.

4. Jangan Post No Plat Kereta

Ye… tau kereta tu atas nama awak. Hasil titik peluh awak. Kalau nak post gambar, at least tutup no plat. Bahaya. Dari no plat je boleh tau semua personal details kita. Kalau info tu dapat kat orang jahat?

5. Jangan Sibuk Nak Check In Semua Tempat Yang Awak Pergi.

Sampai pejabat check in, tingkat 73 klcc. Lunch check in, kedai mamak belakang klcc. Habis kerja, pergi jogging check in taman klcc. Nak balik rumah check in jem kat akleh sambil selfie nampak muka cantik & lambang kereta mahal kat stereng. Sampai rumah check in, sampai dah my home sweet home no.38-4-7 kondo mewah, jalan orang kaya, kl.
Memang Bahaya! Nak-nak lagi kalau status tu setting public. Satu dunia boleh tengok.

6. Hadkan Apa Yang Perlu Dikongsi Difacebook.

Baru beli gelang emas lip lap lip lap macam mami jarum, tak payah post kat fb. Dapat bonus rm10k seeloknya jangan up kat fb. Jangan terlalu pamerkan kemewahan & kekayaan awak kat fb. Bukan sebab taknak orang kata riak, itu isu lain. Tapi demi keselamatan awak.

7. PASANG CCTV, AUTOGATE..

Yang selalu balik keje sorang sorang tu hati hati.. lagi lagi buka pintu kunci pintu gate sorang sorang, kalau boleh balik jangan malam malam.. jenayah berlaku tak ikut waktu. sarankan pakai sistem autogate n cctv, ada yg murah pun.. sekarang ada cctv canggih… yg boleh pantau melalui phone.. suami selalu outstation beringat yaa. Kes ni dah byk berlaku banyak tempat..

8. Kunci Kereta

Bawalah kunci remote kereta anda di tepi katil. Jika anda syak macam ada perompak baru nak masuk, boleh bunyikan alarm kereta..Ia dapat membantu anda mengejutkan jiran-jiran anda jika ditimpa musibah. Tak perlukan alarm yang mahal untuk menakutkan perompak.. alarm kereta adee.
Kita perlu berhati-hati.. sebab banyak kes berlaku sebab over exposed kat FB.
Harap bermanfaat. Sila Share, Semoga kita semua dilindungi dari perkara buruk & kejahatan manusia.
DENGAN LIKE PAGE & SHARE INI, anda dapat selamatkan isteri, adik beradik, sedara mara, jiran tetangga, especially PEREMPUAN, dari jadi mangsa jenayah yang tidak berperikemanusiaan!

Rahsia Rutin Kecantikan Wajah Selembut Sutera Wanita Thailand


Wanita Thailand terkenal dengan kulit mereka yang bersih tanpa cela serta rambut panjang bersinar selembut sutera. Mesti ramai tertanya-tanya apakah rahsia disebalik kecantikan mereka ini?
Sudah tentu gen memainkan peranan penting tapi, apa yang lebih khusus adalah gaya hidup sihat dan rahsia kecantikan tradisional menjadi antara faktor utama wanita Thailand ini cantik-cantik belaka.
Ini 5 rahsia kecantikan Thai menakjubkan yang memberikan impak kulit dan rambut yang sempurna.
1. Kunyit: Ia adalah salah satu bahan utama rejim kecantikan Thailand.  Ia digunakan sebagai pembersih muka yang bagus.  Tambah air ke serbuk kunyit dan campurkan dengan baik untuk membuat pes. Sebarkan campuran ini di seluruh muka, dan gosokkannya selama 5 minit. Ini akan menambah cahaya ke kulit anda dan akan memberikan anda wajah segar sepanjang hari. Ini juga merupakan penyelesaian yang baik untuk keradangan kulit dan masalah kulit yang lain.
2. Papaya: Ia adalah satu lagi ramuan yang hebat yang digunakan untuk mencerahkan kulit. Apa yang anda perlukan ialah 2 sudu pepaya masak; Masam dengan bantuan sudu sehingga ia menjadi tampalan lembut. Sapukan seluruh muka anda dan biarkan selama 10-15 minit. Bilas dengan baik dengan air sejuk.
3. Tamarind: Asam jawa mempunyai ciri-ciri yang membantu dalam memberikan kesan cerah kulit. Ia digunakan terutamanya untuk penyental. Celup asam dalam air, biarkan ia menyerap air. Ramas asam jawa yang direndam dan sapukan pada bahagian muka dan badan anda (pilihan). Anda juga boleh menggabungkan yogurt dengan asam jawa untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
4. Minyak Kelapa: Minyak kelapa adalah bahan paling terkenal digunakan oleh wanita Thai untuk menambahkan kecantikan mereka. Anda juga boleh menambah minyak kelapa dalam makanan. Ambil gel kelapa atau minyak dan gosokkannya di sekitar mata dan kawasan kering yang lain sebelum mandi. Ia akan membantu mengekalkan kulit anda terhidrat sepanjang hari.
5. Jus Buah: Semua tahu kebaikan jus buah-buahan.  Selain bagus untuk diet, ia turut memberi sumber vitamin dan mineral penting untuk badan serta memberi pencahayaan semulajadi pada kulit wajah.
Sumber: Food ndtv

Cikgu Ini Kongsi Cara Kukuhkan Ingatan Anak, Mak Ayah Boleh Ikut, Mudah Je Rupanya

Cikgu Ini Kongsi Cara Kukuhkan Ingatan Anak, Mak Ayah Boleh Ikut, Mudah Je Rupanya

Ibu bapa mana yang tidak gembira apabila melihat anak berjaya mencapai keputusan yang memberangsangkan dalam peperiksaan. Tapi ada juga yang lemah belajar, salah satunya kerana mereka tidak dapat mengingat apa yang diajar oleh guru. Daya ingatan yang lemah ini boleh diatasi jika kena dengan caranya.
Perkongsian oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh ini mungkin dapat dijadikan panduan oleh semua ibu bapa di luar sana. Cuba mulakan langkah seperti ini, mana tahu berkesan dalam membantu mengekalkan ingatan anak anda !
KUKUHKAN INGATAN ANAK-ANAK.
Ilmu yang baru dipelajari cepat dilupai. Begitulah anak-anak kita biasanya. Baru sahaja ajar dalam kelas, bila buat aktiviti kelas bukan main meriah.
Bila buat kerja dalam kelas, hampir semua orang faham dan betul jawabnya. Sebulan kemudian, soalan yang sama keluar peperiksaan, hampir semua jawab salah.
Padahal hari tu masa belajar dalam kelas faham sangat dah.
Bagaimana nak bagi apa yang anak baru pelajari kekal di ingatan mereka?
1) Ilmu yang baru dipelajari hari ini mesti dipanaskan hari ini juga di rumah.
2) Ilmu baru yang dipelajari, walau faham namun tidak disusuli dengan latihan di rumah, akan menjadi ingatan sementara.
Boy doing his homework at desk in his room
3) Ilmu atau pelajaran bila dipanaskan semula ia akan jadi ingatan berkekalan.
Bagaimana kita ibu bapa boleh bantu anak-anak dapatkan ingatan berkekalan ini?
1) Sila pastikan anak buat 4-5 soalan tentang topik yang baru sahaja mereka belajar di sekolah untuk ingatan berkekalan.
2) Latihan tak perlu banyak pun tak apa. Cukup ambil masa 15-30 minit pun dah memadai.
3) Latihan boleh sahaja direka sendiri atau Google sahaja. Contohnya anak belajar topik peratus. Pergi sahaja kat Google, taip ‘soalan peratus’. Settle!
Mudah je nak bantu anak sebenarnya. Zaman dah maju.
kredit : siakapkeli.com