Thursday, January 3, 2019

Berniaga Produk Kecantikan - Tips Usahawan

Image result for produk kecantikan


Sebelum anda ingin memulakan perniagaan internet, anda perlu tahu apa yang anda ingin niagakan, potensi perniagaan tersebut, dan yang paling penting, berapa jumlah modal yang anda sanggup keluarkan. Semua ini perlu diambil kira untuk memastikan perniagaan internet anda berjalan dengan lancar. Jika kita tinjau pasaran sedia ada, kuasa membeli-belah di dunia pada masa kini didominasi oleh wanita. Wanita gemarkan sesuatu yang boleh membuatkan mereka menjadi cantik dan boleh didapati dengan mudah. Oleh itu, perniagaan internet yang sesuai untuk anda jalankan bagi memenuhi kehendak wanita di luar sana tentunya adalah perniagaan produk kecantikan/kosmetik!
Bagaimana nak bermula?
Pilih Industri Yang Betul 
Pemilihan Industri sangat penting untuk yang baru nak mula berniaga. Industri kecantikan adalah yang terbaik setakat ini dengan kenaikan jualan hampir 17 juta setahun. Dengan pemilihan industri yang tepat membuatkan kita lebih mudah untuk menjual produk tersebut. Pilih produk yang sudahpun viral bagi memudahkan anda mendapat momentum jualan dengan lebih cepat.

Image result for industri kecantikan berkembang
Jadi pengedar sah kepada produk kecantikan yang sedia ada di pasaran
Syarikat kecantikan atau kosmetik yang sedia ada di pasaran selalunya akan mencari dealer sah atau stokis untuk produk mereka bagi memenuhi permintaan pelanggan yang datang dari seluruh negara. Inilah peluang keemasan yang tidak boleh anda lepaskan. Anda boleh cuba hubungi mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti modal yang perlu dikeluarkan dan lain-lain lagi. Selepas itu, mula iklankan perkhidmatan secara online. Jangan risau tentang pelanggan, kerana jika kita menjual produk yang sudah mempunyai nama di pasaran, pasti akan ada pelanggan yang membelinya kerana nilai ‘customer loyalty’ sudah ada pada produk tersebut.
Contoh: Syarikat DYXY Cosmetics mempunyai beratus rangkaian stokis dan dealer sah yang memasarkan produknya sama ada di atas talian mahupun secara terus.
Agen dropship
Selain daripada aktiviti jualan secara terus (kedai), terdapat banyak produk kecantikan yang sudah laris di pasaran menawarkan khidmat dropship kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan. Apa yang menariknya jika anda menjadi seorang agen dropship adalah yuran yang dikenakan sangat rendah dan kadangkala percuma. Malah, anda juga tidak perlu mengendalikan urusan penghantaran dan penyimpanan stok. Anda hanya perlu promosikan sahaja produk dropship anda di medium-medium sosial yang anda miliki dan bersedia menikmati keuntungan di atas setiap ‘order’ yang anda terima.
Contoh: Kedai online popular DYXY  yang dimiliki oleh Master Stokis Sah DYXY Cosmetics membuka peluang kepada sesiapa yang ingin menjadi Agen Dropship mereka secara Percuma. Antara kelebihan yang bakal diterima antaranya adalah mendapat harga yang jauh lebih murah daripada pelanggan biasa dan menjual produk tanpa perlu menyimpan stok.

Related image
Cara pemasaran dan medium pembayaran
Maksimumkan penggunaan media sosial yang anda miliki untuk mempromosikan produk anda. Cipta ‘page’ produk anda di Facebook dan ‘invite’ semua rakan Facebook anda. Jangan lupa untuk kongsikan testimoni produk anda. Hal ini akan menambahkan keyakinan pelanggan untuk membeli produk anda. Harus diingat, jika anda ‘upload’ gambar produk anda, jangan lupa untuk sertakan maklumat mengenai produk tersebut. Pelanggan akan mudah tawar hati untuk membeli apabila tiada maklumat yang boleh didapati pada gambar tersebut. Jika anda mempunyai kepakaran yang lebih berkaitan IT, anda boleh cipta website untuk kegunaan perniagaan anda. Anda boleh jadikan website tersebut dalam bentuk blog mahupun shopping cart. Yang paling penting, pastikannya menarik, unik, dan senang untuk diingati oleh pelanggan.
Bagi medium pembayaran, anda perlu tentukan sama ada untuk menerima bayaran melalui kad kredit, ‘online transfer’, dan lain-lain lagi. Untuk memaksimumkan keuntungan anda, adakan semua pilihan medium pembayaran yang ada agar pelanggan tidak punya alasan lagi untuk membeli produk anda!

No automatic alt text available.

No comments:

Post a Comment