Thursday, March 18, 2010

Tun yang ku kenang

Finally.. my work is done. took me 3 months to finish this off..






Baru semalam rasanya,
aku terdengar suara sebak mu,
mendayu dayu,
menyeru melayu bersaing maju.

Baru sebentar rasanya,
ku dengar jeritmu bertalu talu,
Bangun wahai melayu!
Anak pertiwi warisan bangsaku
Bangun anak melayu!
kukuhkan ilmu sebagai senjata perjuanganmu
Bangun anak bangsa ku,
jangan dibiar sahaja,
bumi milikmu di lapah orang.

Masihkah kau ingat wahai anak bangsaku?
Empat tahun yang lalu,
Tun berdiri longlai,
Air mata kesal jatuh menderu,
mengenangkan nasib warisan bangsaku.

Anak bangsaku juga tentu ingat
Di suatu tarikh keramat pada tahun 2002,
Riuh rendah petir bersabung
jerit lolong umat berkabung
memohon restu pemimpin agong

Jangan undur tun!
jangan!
hidup mati kita rempuh bersama
jangan undur tun!
jangan!
ayuh kukuhkan perjuangan bangsa
jangan undur tun!
jangan!
budimu belum puas ku rasa.

Rupa-rupanya jeritan itu hanya seketika,
Benar juga tilik hatimu tun,
Melayu itu mudah lupa
seperti lupanya tuah angkara baginda,
Jebat dibunuh
dituduh durjana!

Renungkanlah wahai saudaraku,
Yang sedarah dan seperjuangan,
Ketika negara menuju puncak,
Cemerlang biar betul betul gemilang,
terbilang jangan sampai pecah tembelang!

Ingat!
Maruah negara harus dijaga,
Daulat bangsa harus di mahkota.

Ayuh bangsaku,
jangan lupa sejarah peritmu,
di jajah dan di tipu ber talu-talu.

Ayuh saudara ku!
Lupakan persengkataan antara kita,
kerana amanat bangsa harus dijaga bersama!

1 comment: